Tuesday, August 4, 2009

Tazkirah Sebentar

Assalamu’alaykum warahmatullah &

Very Good dayDear All,Have a pleasant reading.29 MEI 2009 (JUMAAT) E-TAZKIRAH BIL.61
SUPPLEMENT MADU LEBAHAl

Quran sebagai mukjizat diakui banyak membongkar rahsia-rahsia saintifik jauh lebih awal daripada “scientific findings” daripada experiment yang dilakukan para saintis moden. Antara mukjizat al Quran yang baru dapat dibuktikan oleh para pakar adalah tentang khasiat MADU LEBAH. Khasiat madu lebah telah disebutkan dalam Al-Quran, surat An Nahl ayat 68-69 di mana Allah berfirman:“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah; “…kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu)”. Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat PENAWAR yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda-tanda bagi orang yang memikirkan”Dalam ayat ini secara jelas disebutkan bahawa madu adalah ubat atau penawar yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit yang dihadapi oleh manusia. Madu dari sudut saintifiknya mengandungi glukosa dan fruktosa serta sejumlah mineral seperti magnesium, kalium, potasium, sodium, klorin, sulfur, besi dan fosfat. Madu juga mengandungi vitamin B1, B2, C, B6 dan B3 yang komposisinya berubah-ubah sesuai dengan kualiti madu bunga dan serbuk sari yang dikonsumsikan oleh lebah. Di samping itu, dalam madu juga terdapat tembaga, yodium dan seng dalam jumlah yang kecil, juga beberapa jenis hormon. Antara penemuan saintifik tentang khasiat madu dapat disimpulkan seperti dibawah:1. Kaya bahan anti oksidan yang menghalang free radicals daripada bertindak ke atas sel-sel yang boleh menyebabkan kanser (BBC, University of Zagreb, Croatia);2. Antara sumber tenaga asli bagi tubuh yang terbaik e.g. Meningkatkan kekuatan otot dan stamina badan (British Honey Importers and Packers Association)3. Pembunuh kuman daripada jenis bacteria, fungus dan protozoa (University of Waikato, New Zealand);4. Mampu menyembuh ulser dan luka dengan lebih cepat dan berkesan (University of Waikato, New Zealand);5. Boleh merawat penyakit mata (Fotidar MR, Fotidar SN);6. Mampu menjadi antibiotic yang lebih berkesan (University of Cardiff, Wales).Kesimpulannya, Al Quran adalah suatu mukjizat yang akan terus membongkar hakikat di sebalik pencipta di alam cakerawala ini. Ini juga menyingkap betapa segala penciptaan yang wujud di bumi ini diciptakan oleh ALLAH dengan fungsinya yang tersendiri. Tiada satupun objek atau kejadian yang dicipta secara sia-sia. Walaubagaimanapun hanya orang-orang yang berfikir dapat memahami rahsia di sebalik penciptaan yang pelbagai sebagaimana yang difirmankan oleh Allah:“Dan mereka-mereka (yang beriman) sentiasa mengingati Allah sama ada dalam keadaan berdiri, duduk atau berbaring. Dan mereka yang berfikir tentang segala penciptaaNya sama ada di langit-langit ataupun di bumi. Mereka berdoa: Wahai Tuhan kami, tidak satupun (objek & kejadian di langit dan Di bumi) yang Engkau ciptakan secara sia-sia. Maha Suci Engkau, selamatkan kami dari NERAKA”. (Surah Ali Imran: 191).Minumlah madu lebah! J




**To all non Muslim colleague: We hope you enjoy reading the above for knowledge and understanding**
SELAMAT HARI IBU!Kita semua adalah anak. Dilahirkan oleh ibu selepas berbulan mengandungkan kita dengan segala susah payah. Sesungguhnya kita sangat terhutang budi dengan bonda yang melahir dan membesarkan kita. Al Quran sendiri menjelaskan betapa tingginya penghormatan dan kebaikan yang wajib dilakukan oleh seorang anak kepada ibu bapanya. Allah berfirman:“Dan telah kami perintahkan kepadamu, Janganlah sekali-kali menyembah selainku dan berbuat baiklah kamu kepada kedua orang tuamu. Sama ada kedua ibu bapamu atau salah seorang daripada mereka sudah lanjut usia, janganlah kamu mengatakan kepada mereka walaupun pun perkataan ‘uhh’, dan janganlah sekali-kali kamu meninggikan suara kepada mereka, dan bercakaplah dengan mereka dengan ucapan-ucapan yang mulia. Dan Hendaklah kamu sentiasa merendahkan diri di hadapan mereka dan berdoalah: Wahai Tuhanku, kasihanilah kedua-dua mereka sepertimana jerit perih mereka membesarkan kami sedari kecil” (al Isra’: 23-24)Cinta Tak BerpenghujungSungguh jasa bonda tak dapat dibalas. Mengandungkan kita berbulan-bulan lamanya, bertarung antara hidup dan mati ketika melahirkan kita ke dunia. Masih ingatkah kita, bagaimana kesabaran ibu kita melayan karenah dan segala ragam kita sewaktu kecil, bersengkang mata hingga ke pagi ketika kita demam dan sakit, menyedia sarapan untuk kita sebelum ke sekolah… Banyak sungguh jasa ibu… banyak yang sudah kita terlupa…Masih ingatkah kita doa ibu di penghujung solat mendoakan kejayaan kita anak yang dikasihinya, tangis syukur yang tumpah dari kelopak mata ibu sewaktu kita menggenggam ijazah. Ibu kita mungkin buta huruf dan tidak bersekolah tetapi mata hatinya celik, ingin melihat masa depan anaknya cerah, secerah mata hatinya. KASIH IBU SANGAT LUAR BIASA; kasih tanpa syarat, cinta yang tak berpenghujung…Highway ke SyurgaRasulullah bersabda: “sangat rugilah, sangat rugilah, sangat rugilah, mereka yang masih memiliki ibu bapa atau salah seorang daripada mereka patah lagi yang sudah lanjut usia, sedangkan anak-anak tersebut dicampakkan ke dalam neraka” (riwayat Muslim).Hadith ini menjelaskan mentaati dan menyantuni ibu bapa apatah lagi yang sudah tua adalah antara jalan yang mudah untuk menikmati syurga. Bahkan ganjaran lebih besar buat anak yang melayani ibu dan bapanya yang sudah tua sehinggakan Rasulullah menyebutkan betapa rugi dan malangnya seorang anak yang masih mempunyai ibu dan ayah sedangkan si anak tersebut tidak memperolehi syurga kerana mengabaikan kedua orang tuanya.Antara tanggungjawab seorang anak terhadap ibu bapanya termasuklah menyediakan makan dan minum serta kelengkapan hidup mereka sekiranya mereka tidak mampu, taat dan patuh kepada perintah mereka, sentiasa memohon maaf di atas segala kesalahan dan kealpaan dan sentiasa mendoakan keampunan untuk mereka dan kesejahteraan mereka di dunia dan di akhirat.Memang kita sibuk, kerja banyak, masa tak cukup dan bermacam-macam lagi alasan, namun sementara mereka masih hidup, janganlah bertangguh untuk mendapat ganjaran besar yang disediakan. Ingatlah, Allah Maha Adil, sekiranya kita menghormati dan mentaati kedua ibubapa, maka kita juga akan dihormati dan di taati oleh anak-anak kita kelak dan begitulah sebaliknya. Kejayaan dan keberkatan hidup banyak bergantung kepada restu ibu dan ayah…Selamat Hari Ibu